Wednesday, October 24, 2012

Sabar Menanti Part 8


Pagi ini Iqbal tiba awal untuk mengambil tugas membersihkan kelas. Dia sepatutnya bersama-sama pelajar yang lain melakukan tugasan mereka namun hanya Iqbal seorang sahaja yang hadir. Iqbal tidak berlengah untuk menyelesaikan tugasannya kerana selepas ini dia ingin bersarapan.

"Wah, mesti seronok kan semalam? Jalan-jalan, makan-makan, tengok wayang, main boling. Yang lagi best tu, dapat keluar dengan pelajar paling popular dekat sekolah ni." Tiba-tiba Suraya, pelajar yang menganggap Elly sebagai musuh utamanya menegur Iqbal. Suraya pernah untuk mendekati Iqbal namun tidak berjaya. Dia menjadi semakin sakit hati apabila dia mendapat tahu mengenai keakraban Iqbal dengan Elly. "Actually I nak pesan sesuatu dekat you. Pasal Elly."

"Kenapa dengan Elly?" Iqbal jadi berminat untuk mengetahui perkara yang ingin disampaikan oleh Suraya.

"Elly tu bukan gadis yang you sangkakan. Ops, gadis ke?" Suraya cuba mengapi-apikan Iqbal.

"Apa maksud awak dia bukan macam yang saya sangka?"

"Kalau you nak tahu, Elly tu suka sangat tukar-tukar lelaki macam tukar kasut. Suka ambil kesempatan dengan sesiapa je yang baik dengan dia. Nak-nak lelaki. I cuma tak nak you terpengaruh dengan dia. I bukan apa, I kesian dekat you je."

"Awak tak payah nak merepek yang bukan-bukan pagi buta macam ni boleh tak? Saya bukan tak tahu yang sebenarnya awak cemburu dengan dia kan? Semua orang pun tau la Suraya. Pakcik Seman tukang kebun tu tahu." Ujar Iqbal sambil ketawa sinis.

"What? Jealous?  Me? Dengan perempuan macam tu? Tak ada maknanya. Banyak lagi kerja lain yang I boleh buat selain cemburu dengan perempuan macam tu."

"Then, go do your thing la. Tak perlulah awak nak sibuk-sibuk kesiankan saya ni. Pandailah saya jaga diri saya nanti."

"Okey. Fine. Tapi jangan cakap yang I tak warning you."

Hati Suraya bertambah bengang. Dia perlu mencari jalan untuk memisahkan Iqbal dengan Elly. Dia semakin membenci Elly. Elly sentiasa mendapat perhatian lebih daripadanya. Sedangkan dia lebih cantik dan bergaya daripada Elly. 'One day you will pay for this Elly!'

...........................................................................

Alhamdulillah, rajin pun aku sambung walaupun seketot cuma. Sorry kalau ada yang tak puas. Aku akan cuba sedaya upaya untuk sambung lagi.

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan amat dialu-alukan. Terima kasih.

Followers