Saturday, October 20, 2012

Sabar Menanti Part 7


7

                “Bestkan cerita tadi? Seram betul. Tak rugi tiket wayang kita,”ujar Iqbal sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari panggung wayang. Elly hanya mendiamkan diri. Iqbal memandang Elly yang berada di sebelahnya. ‘Pucatnya muka minah ni.’

                “Elly,awak okey ke tak ni? Apasal muka awak pucat semacam je ni? Awak tak sihat ke?”tanya Iqbal risau.

                “Erk,aku okey. Sebenarnya...”

                “Oi,dating tengok wayang cerita hantu ea? Wah,seronok nampak?” Sergah satu suara dari belakang. Hafis dan Nia mendekati mereka berdua.

                “Woi,Elly! Apasal kau pucat ni? Iqi,kau buat apa dekat Elly ni?” tanya Hafis.

                “Iqi,awak tengok cerita apa tadi dengan Elly?” tanya Nia pula. “Awak tengok cerita seram ye?”

                “A’ah. Kenapa Nia?” tanya Iqbal.

                “Haish,patutlah. Iqi,untuk pengetahuan awak Elly ni dia tak boleh tengok cerita seram. Dia ni nampak je brutal,tapi penakut. Nak-nak kalau yang berdarah-darah. Macam nilah jadinya.”

                “Oh,yeke? Tapi masa saya beli tiket ni tadi dia tak cakap apa-apa pun? Manalah saya nak tahu. Alamak,nak buat macam mana ni Nia. Takkan nak biarkan kawan awak ni jadi patung macam ni je?” Memang semasa dia membeli tiket tadi Elly tidak membantah tapi mukanya mula berubah. Di dalam panggung juga Elly tidak berkata-kata walau sepatah pun. Elly hanya duduk kaku di atas kerusinya. Kini Iqbal mula merasa bersalah terhadap Elly.

                “Hehe,takpe. Jangan risau. Kejap lagi okeylah tu. Tak pun, jom Elly.” Ujar Nia sambil menarik tangan Elly.

               “Eh,awak nak ke mana tu Nia?” tanya Hafis.

                “Nak pulihkan semangat Elly la. Jom cari 7E,” jawab Nia. Dia perlu mencari sesuatu untuk diberikan kepada Elly supaya Elly kembali normal. Setibanya mereka di kedai yang berkenaan Nia terus ke rak makanan manis dan juga membeli sebotol air mineral.

                “Lolipop? Nak bagi saya ye?”ujar Hafis.

                “Awak jangan nak perasan. Ni untuk Elly. Tengok ye?”jawab Nia sambil menghulurkan lolipop berkenaan di hadapan muka Elly. Tiba-tiba Elly membuka mulutnya lalu Nia memasukkan lolipop tersebut ke dalam mulut Elly.

                “Nia!!!! Elly dah tak nak tengok wayang dengan Iqi. Dia ajak Elly tengok cerita berdarah-darah. Yuck,yuck,yuck!! Tak sukanya!!! Geli,geli geli!!!”ujar Elly sejurus saja lolipop sampai ke dalam mulutnya sambil memeluk Nia.

                “See? Kan dah elok tu,”ujar Nia sambil memandang Hafis dan Iqbal yang sedang terpinga-pinga. “Alalala,kesiannya sayang Nia ni. Dah,dah. Elly dah keluar dah pun ni.” Ujar Nia lagi sambil mengusap kepala Elly.

                “Elly, maaflah. Saya tak tahu yang awak tak boleh tengok cerita macam tu. Saya janji next time kita tak tengok dah cerita macam tu. Maaf ye Elly?” Iqbal segera memohon maaf kepada Elly. Dia benar-benar rasa bersalah.

                “Bwueekk! Aku tak nak tengok wayang dengan kau dah lepas ni. Aku nak tengok dengan Nia je nanti,” ujar Elly sambil melentukkan kepalanya di atas bahu Nia. Namun sebenarnya dia hanya mempermainkan Iqbal. ‘Padan muka kau. Hehe.’

                “Ha? Ala,janganlah macam tu Elly. Saya mana tahu awak tak suka. Awak pun tak cakap apa-apa masa saya beli tiket tu.”

                “Aku speechless la. Terkujat. Lagipun takkan aku nak complain pula. Orang nak belanja kita mana boleh demand. Kan Nia kan?” ujar Elly lagi. Dia sengaja membakar Iqbal.

                “Eh,boleh pula macam tu? Ni bukan salah saya sorang tau? Salah awak juga. Awak patut bagitahu saya awal-awal.” Iqbal tidak mahu mengalah.

                Nia dan Hafis hanya ketawa kecil memandang kelakuan Iqbal dan Elly. ‘Kebudak-budakkan betul.’

                “Nia...... Elly nak makan ais-krim la. Boleh tak?”tanya Elly pada Nia dengan suara yang manja. Iqbal memandangnya lalu menjelirkan lidah dan Elly membalasnya.

                “Boleh manja. Jom kita cari ais-krim jom,”ujar Nia sambil mencubit pipi Elly.

                “Eee,mengadanya. Nia,baik awak jangan manjakan sangat Elly ni tau? Jeles Hafis ni. Betul tak Hafis?”ujar Iqbal.

                “Wuuuu,ada orang jeles pula. Sibuk je kau ni tau Iqi?” balas Elly. “Kau marah tak Hafis aku manja dengan Nia?”

                “Eh,tak lah. Aku okey je. Kalau tak dari dulu lagi aku marah Nia kawan dengan kau,Elly. Ni mesti Iqi yang jeles sebab kau manja dengan Nia instead him. Haha,kan Nia?” Ujar Hafis menyebelahi Elly. Nia hanya menganggukkan kepalanya dan ketawa.

                “Hish, kau Hafis. Tuduhan melulu tu. Takde maknanya aku nak jeles,”jawab Iqbal.

                “Dah,dah. Jom cari ais-krim. Bertekak je dari tadi.” Ujar Nia meleraikan usikan mereka. Elly berjalan berpimpinan tangan dengan Nia meninggalkan Iqbal dan Hafis. Dia sangat gembira kerana sebentar lagi dia akan dapat makan ais-krim.

                Iqbal dan Hafis berjalan beriringan sambil ketawa kecil melihat tingkah Elly yang agak comel itu. ‘Dia sangat manja. Comelnya dia.’









No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan amat dialu-alukan. Terima kasih.

Followers