7
“Bestkan cerita
tadi? Seram betul. Tak rugi tiket wayang kita,”ujar Iqbal sebaik sahaja mereka
melangkah keluar dari panggung wayang. Elly hanya mendiamkan diri. Iqbal
memandang Elly yang berada di sebelahnya. ‘Pucatnya muka minah ni.’
“Elly,awak okey ke
tak ni? Apasal muka awak pucat semacam je ni? Awak tak sihat ke?”tanya Iqbal
risau.
“Erk,aku okey.
Sebenarnya...”
“Oi,dating tengok wayang
cerita hantu ea? Wah,seronok nampak?” Sergah satu suara dari belakang. Hafis
dan Nia mendekati mereka berdua.
“Woi,Elly! Apasal
kau pucat ni? Iqi,kau buat apa dekat Elly ni?” tanya Hafis.
“Iqi,awak tengok
cerita apa tadi dengan Elly?” tanya Nia pula. “Awak tengok cerita seram ye?”
“A’ah. Kenapa Nia?”
tanya Iqbal.
“Haish,patutlah.
Iqi,untuk pengetahuan awak Elly ni dia tak boleh tengok cerita seram. Dia ni
nampak je brutal,tapi penakut. Nak-nak kalau yang berdarah-darah. Macam nilah
jadinya.”
“Oh,yeke? Tapi masa
saya beli tiket ni tadi dia tak cakap apa-apa pun? Manalah saya nak tahu.
Alamak,nak buat macam mana ni Nia. Takkan nak biarkan kawan awak ni jadi patung
macam ni je?” Memang semasa dia membeli tiket tadi Elly tidak membantah tapi
mukanya mula berubah. Di dalam panggung juga Elly tidak berkata-kata walau
sepatah pun. Elly hanya duduk kaku di atas kerusinya. Kini Iqbal mula merasa
bersalah terhadap Elly.
“Hehe,takpe. Jangan
risau. Kejap lagi okeylah tu. Tak pun, jom Elly.” Ujar Nia sambil menarik
tangan Elly.
“Eh,awak nak ke mana
tu Nia?” tanya Hafis.
“Nak pulihkan
semangat Elly la. Jom cari 7E,” jawab Nia. Dia perlu mencari sesuatu untuk
diberikan kepada Elly supaya Elly kembali normal. Setibanya mereka di kedai
yang berkenaan Nia terus ke rak makanan manis dan juga membeli sebotol air
mineral.
“Lolipop? Nak bagi saya
ye?”ujar Hafis.
“Awak jangan nak
perasan. Ni untuk Elly. Tengok ye?”jawab Nia sambil menghulurkan lolipop
berkenaan di hadapan muka Elly. Tiba-tiba Elly membuka mulutnya lalu Nia
memasukkan lolipop tersebut ke dalam mulut Elly.
“Nia!!!! Elly dah
tak nak tengok wayang dengan Iqi. Dia ajak Elly tengok cerita berdarah-darah.
Yuck,yuck,yuck!! Tak sukanya!!! Geli,geli geli!!!”ujar Elly sejurus saja
lolipop sampai ke dalam mulutnya sambil memeluk Nia.
“See? Kan dah elok
tu,”ujar Nia sambil memandang Hafis dan Iqbal yang sedang terpinga-pinga.
“Alalala,kesiannya sayang Nia ni. Dah,dah. Elly dah keluar dah pun ni.” Ujar
Nia lagi sambil mengusap kepala Elly.
“Elly, maaflah. Saya
tak tahu yang awak tak boleh tengok cerita macam tu. Saya janji next time kita
tak tengok dah cerita macam tu. Maaf ye Elly?” Iqbal segera memohon maaf kepada
Elly. Dia benar-benar rasa bersalah.
“Bwueekk! Aku tak
nak tengok wayang dengan kau dah lepas ni. Aku nak tengok dengan Nia je nanti,”
ujar Elly sambil melentukkan kepalanya di atas bahu Nia. Namun sebenarnya dia
hanya mempermainkan Iqbal. ‘Padan muka kau. Hehe.’
“Ha? Ala,janganlah
macam tu Elly. Saya mana tahu awak tak suka. Awak pun tak cakap apa-apa masa
saya beli tiket tu.”
“Aku speechless la.
Terkujat. Lagipun takkan aku nak complain pula. Orang nak belanja kita mana
boleh demand. Kan Nia kan?” ujar Elly lagi. Dia sengaja membakar Iqbal.
“Eh,boleh pula macam
tu? Ni bukan salah saya sorang tau? Salah awak juga. Awak patut bagitahu saya
awal-awal.” Iqbal tidak mahu mengalah.
Nia dan Hafis hanya
ketawa kecil memandang kelakuan Iqbal dan Elly. ‘Kebudak-budakkan betul.’
“Nia...... Elly nak
makan ais-krim la. Boleh tak?”tanya Elly pada Nia dengan suara yang manja.
Iqbal memandangnya lalu menjelirkan lidah dan Elly membalasnya.
“Boleh manja. Jom
kita cari ais-krim jom,”ujar Nia sambil mencubit pipi Elly.
“Eee,mengadanya.
Nia,baik awak jangan manjakan sangat Elly ni tau? Jeles Hafis ni. Betul tak
Hafis?”ujar Iqbal.
“Wuuuu,ada orang
jeles pula. Sibuk je kau ni tau Iqi?” balas Elly. “Kau marah tak Hafis aku
manja dengan Nia?”
“Eh,tak lah. Aku
okey je. Kalau tak dari dulu lagi aku marah Nia kawan dengan kau,Elly. Ni mesti
Iqi yang jeles sebab kau manja dengan Nia instead him. Haha,kan Nia?” Ujar
Hafis menyebelahi Elly. Nia hanya menganggukkan kepalanya dan ketawa.
“Hish, kau Hafis.
Tuduhan melulu tu. Takde maknanya aku nak jeles,”jawab Iqbal.
“Dah,dah. Jom cari
ais-krim. Bertekak je dari tadi.” Ujar Nia meleraikan usikan mereka. Elly
berjalan berpimpinan tangan dengan Nia meninggalkan Iqbal dan Hafis. Dia sangat
gembira kerana sebentar lagi dia akan dapat makan ais-krim.
Iqbal dan Hafis
berjalan beriringan sambil ketawa kecil melihat tingkah Elly yang agak comel
itu. ‘Dia sangat manja. Comelnya dia.’
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan amat dialu-alukan. Terima kasih.